Thursday, 13 October 2011

The Secret Life of Nora ( A New Musical Extravaganza)



               Kisah perisik wanita yang cuba ditonjolkan dalam teater. Tajuk menarik tetapi kenapa ada perkataan “musical”. Biasalah show pown dekat Keraton Seni (IB). Tak perlulah mengulas tentang sinopsis cerita. Sebab cerita ini terlalu biasa bagi Botak, Botak rasa PGL lagi seronok dan antara yang terbaik dari Enfiniti. Kenapa Botak cakap macam ni ? sebab jalan cerita ini kita dah tahu bulat-bulat. Mula-mula menyanyi kat kelab, pastu dapat tawaran untuk nyanyian kat tempat lain, pastu dapat tawaran belakon, pastu dapat tawaran jadi bintang, terjebak, jadi perisik, pastu jatuh cinta. Cerita ending kompomlah happy ending. Klise sangat .

               Membariskan pelakon yang sudah terkenal macam Tiara sendiri, Aznil, Adibah noor, Tony Eusoff pastu ditambah dengan pelakon dari Broadway, Ryan Silverman. Memang gempaklah marketing production ni sebab banyak dapat tajaan dan kita pown tahu bila Tiara produce mesti ada something punya cerita ni. Tak percaya ? Director teater ini dari Luar ( Steven Dexter), belakang tabir semua yang expert-expert, start dengan Story (Raymond Miranda), composer (San Weng Onn), lyricist (Alfian Sa’at) , choreographer (Pat Ibrahim), musical director ( Roslan Aziz), lighting designer (Nick Richings), set designer( Francis O’connor) boleh kata overall tenaga kerja datang dari Luar dan orang yang bukan calang-calang.

               Memanglah plot cerita ini tak berapa kemas, jalan cerita pun tak begitu menarik tetapi apa yang Botak rasa respect sangat ialah aspek kekaguman teater ini. memang boleh dikatakan Superb!. Kenapa ? dengan gunakan dua buah set tetap yang boleh berpusing dimana setiap pusingan menjadikan satu situasi. Sangat style sebab ditambah dengan LED konsep yang jarang sangat digunakan. Tiga tingkat lagi set tu. (macam Terima Kasih Cinta punya set pun ada). Lighting yang ringkas tapi sangat kena dengan situasi dan suasana. Yang paling menarik semasa scene 5 – The Army boot camp day dimana ketika itu lagu Takkan menyerah yang melibatkan Nora, Roger, Farouk, Khatijah dan army. Waktu pagi bertukar menjadi tengah hari dan bertukar menjadi malam dengan hanya menggunakan pertukaran warna biru dan orange dari Frontel. Sangat nampak kehebatan designer luar Negara. Ngee~(puji orang luar). Set nampak kemas dan penggunaan konsep suggestif agak berjaya tetapi tidak kesemuanya. Dengan menggunakan semua teknologi yang terdapat di IB, perubahan scene dan perubahan set dilakukan dengan pantas tanpa memerlukan Blackout yang memakan masa berminit-minit.

              Dengan mengunakan 18 buah lagu telah berjaya menjadikan teater ini dengan gelaran Musical. Konsep musical yang sangat ketara dari awal hingga akhir menjadikan cerita ini kurang jelas dan watak-watak tidak semua dapat diestablish dengan baik. Watak Nora dan Roger sahaja yang diestablish dengan baik dari awal hingga akhir. Tetapi watak yang sepatutnya disestablish lebih tidak dilakukan. Kecewa kerana watak Adibah, Tony dan Betty tidak digunakan dengan baik didalam cerita ini. Lakonan mantap mereka menjadi tarikan tetapi tidak digunakan untuk menjadikan lebih menarik. Watak Mr,J (Jamaluddin Hassan) yang dilakonkan oleh Aznil actually menjadi tetapi kecewa dengan diksinya. Pelat konsonen “R” dimana perkataan berubah menjadi “W” seperti Raub=Waub, Rusia=Wusia, Romania=Womania sangat menjadi tetapi apabila terlalu focus kepada huruf itu menjadikan perkataan lain tidak jelas sebutannya sehinggakan Botak kena baca subtitle kat tepi tu. Hahahaha.

                   Kalau nak sentuh koreografinya tak perlulah nak cerita banyak sebab rata-rata penari adalah graduan tari. Dan setiap move kena dengan lagu enak dipandang. Bila cerita kurang kekaguman lebih. Lakonan kurang, gayanya lebih. Nyayian kurang tariannya lebih. Apa lagi yang kurang ? koranglah tentukan .

*Nampaknya musical memang dah jadi trend sekarang . hhhhhmmmm

Monday, 10 October 2011

Review Teater Juta-juta ( dah tulis aritu, tp hilang, so tulis baliklah jawabnya)



Sinopsis

Teater ini mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan teater di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni(KS).

Mereka mengadakan sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan dari pelbagai pihak. Mereka bertiga yang terdiri dari pengarah, sinografer dan producer.
Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton Seni, Dato’-dato’, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka terimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. Mereka akhirnya memutuskan untuk mementaskan satu teater tentang kehidupan mereka.


Apa komen BSL ?

Nashkah ini ditulis dengan baik oleh si penulis ( Fasyali ). Dengan pengisian yang sangat padat telah menjadikan ianya suatu nashkah yang sangat berSUBTEXT. Dengan pengolahan dan pengisian yang sangat baik, perjalanan teater ini amat berfalsafah. Walaupun cerita ini sangat kucar kacir susunan plotnya, tetapi saya sebagai penonton seolah-olah sedang berada di atas pentas dan sedang berjalan bersama cerita itu. Kematangan si pengarah dengan dunia seni telah menjadikan beliau seorang pengkritik senyap yang amat berbisa.  

Karya yang berfalsafah dari awal sehingga ke akhir cerita . Dengan penggunaan plot yang berterabur mnyebabkan penonton tertawa dengan jalan cerita yang sekejap diawal dan sekejap ditengah dan tiba-tiba keawal kembali. Unsur keremajaan aktivis teater turut diselitkan dan saya merasakan seolah-olah nasib aktivis muda dibela walaupun pada masa yang sama di siniskan dalam bentuk visualisasi.

Menggunakan pendekatan karya pasca-moden, Fasyali nyata berjaya mendedahkan beberapa isu dan masalah yang sering dihadapi oleh pengiat teater kecil-kecilan seperti dirinya dengan direct tanpa kiasan yang berbunga-bunga. Kita sendiri tahu yang masyarakat kini tidak lagi mahu ayat yang berbunga-bunga tetapi ada maksud disebalik perkataan itu.  Isu dan masalah yang berJUTA-JUTA dihadapi oleh pengiat seni telah dibongkarkan dalam nashkah yang sangat baik, susunan skrip yang sangat mantap, mutu lakonan pelakon yang sangat menonjol dan bakat pengarahan yang sangat FANTASTIK dari teater ini.

Ada yang berkata, teater ini sangat susah difahami, tetapi sebenarnya terjemahan itu bukan hanya terletak di set dan props yang membantu, malah terjemahan itu datang dengan baik dari pelakon melalui diksi dialog, bahasa tubuh dan sedikit humur yang diselitkan.


Dengan menggunakan tiga orang pelakon yang membawa pelbagai watak telah menyebabkan keunikkan situasi disitu. Watak pengarah, producer dan sinografi telah bertukar ke watak hang lekir, kasturi dan lekiu lantas bertukar ke watak Tuan pengarah, datuk-datuk dan pelbagai watak lain telah menyebabkan saya merasakan ada 250 orang yang berada diatas pentas dan mempunyai hampir 100 orang esemble yang terdiri dari barisan panel-panel penaja dan syarikat-syarikat serta individu yang ingin terlibat didalam teater. Lakonan mantap dari tiga orang pelakon yang dikenali oleh komuniti masing-masing dengan improvisasi mereka dalam lakonan. Anas Ridzuan+Fazleena Hishamuddin+Aloy Paradoks = Fasyali Fadzly. Lakonan mantap pelakon ini telah berjaya menjadikan karya pengarah ini diterima dengan mudah dan menarik.

Set praktikal yang berkonsepkan realism suggestif merupakan set yang simple dan baik pernah saya lihat didalam ruang yang kecil dengan menekankan meminimalist konsep.
Penggunaan set dan prop ini bukanlah terlalu suggestif dimana penonton tidak dapat menangkap apa yang divisualkan. Tetapi didalam JUTA-JUTA ini penggunaan kerusi, white board dan dua dinding bergerak menjadikan suggestif itu sangat kena dengan masa, tempat dan latar situasi didalam cerita itu.

Pencahayaan yang digunakan didalam teater ini menekankan mood dan menggunakan simple light dan penggunaan special light untuk beberapa watak dan ditambah dengan warna yang jatuh tepat ditempat yang ingin di “highlightkan” menjadikan sinografinya sangat cantik. Penggunaan set berwarna putih dengan gabungan warna yang menaikkan mood dan situasi telah menjadikan sinografi yang dilakukan oleh Azhar sangatlah menarik hati saya. Kemas dan terbaik.

Pengarah turut menggunakan unsur tarian dan muzik yang mensiniskan sesuatu dari situ. Terlihatlah step yang berterabur dan koreogarfi yang sangat kucar-kacir telah menjadikan pengarah seorang yang sangat tetap pendirian kerana tidak mahu unsur musical didalam ceritanya, jadi diletakkan sumbang nyayian sumbang langkah tarinya. Ini membuktikan tidak semua nashkah boleh dijadikan musical teater.

Kata Akhir BSL ?

Simple, padat, sinis, jujur, baik, cantik dan FANTASTIK. Satu karya dari seorang graduan seni persembahan yang terbaik pernah saya tonton. Jelas membuktikan penglibatan pengarah dari tahun 2003 didalam dunia teater telah membuahakan hasil. Dari karya Berani Mati ke Odiepus ke Kotak Hitam dan Kini Juta-juta telah menjadikan ianya berjuta-juta kali lebih baik dari musical dobi di keranton seni .
Sekian.

Saturday, 8 October 2011

Cinta Dua Insan


Tidak perlu secantik PUTERI BALQIS,
Andai diri tak sehandal NABI SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan NABI YUSUF,
Jika kasih tidak setulus SITI ZULAIKA,

Tidak perlu mengharap teman seteguh NABI IBRAHIM,
Andai diri tidak sehebat SITI HAJAR,

Mengapa didambakan teman sehidup yang sesempuran NABI MUHAMMAD,
Jika diri tidak seperti SITI KHADIJAH,

Mengapa perlu mengharap cinta seteguh LAILA & MAJNUN,
Jika diri belum sanggup menjadi RUMIE & JULIE,

Mengapa mengharap pengorbanan demi cinta seperti SHAH JEHAN berkorban untuk MUMTAZnya,
Jika hati tidak saling percaya akan JODOH pertemuan.

INGATLAH tidak semua insan memperoleh apa yang dimahukan,
INGATLAH tiada insan yang sempurna dalam dunia ini,
INGATLAH tiada manusia yang suka hidup dalam kesusahan,
INGATLAH segala ketentuan ilahi adalah yang terbaik untuk diri.

Manusia mana yang tidak mahu pasangannya CANTIK?
Manusia mana yang tidak mahu BERBAHAGIA?
Manuisa mana yang sanggup berkorban untuk CINTA?
Manusia mana yang tidak mahu JODOHnya berkekalan?

Menerima segala apa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa adalah lebih CANTIK dari segalanya.
Bersyukur dengan segala ketentuan Tuhan adalah lebih BAHAGIA dari apa sahaja.
Berdoa sentiasa adalah CINTA yang teragung pada Tuhan.
Jodoh ketentuan Tuhan itu adalah JODOH yang terbaik.

Semoga Doa dimakbulkan . AMIN .



Thursday, 6 October 2011

Generasi Angkatan Yahudi ! F**K

Suatu masa lalu, aku mengenali seorang "lelaki" yang boleh dianggap "abang". Mengenali dalam jangka masa yang singakt menyebabkan tidak semua latar belakangnya diselidiki dengan baik oleh aku. Kerana aku seorang yang bergelar pelajar dan si dia bergelar pekerja, jurang kami amat berbeza. Dan banyak benda yang aku mahukan diberi oleh sidia kerana dia menganggap hubungan kami, hubungan adik dan abang. Semakin hari semakin rapat kehidupan aku dan si dia. Banyak benda diluangkan dalam bentuk "meet". Kat kedai makan, minum bersama dan berjalan bersama. Pada pandangan orang, ianya sangatlah biasa. Tapi, semakin hari, semakin banyak persoalan yang bermain diminda aku. Didalam talifon, mula ada perkataan "sayang" dari si dia. Aku hairan dan pelik. Tapi aku layankan sahaja kerana aku mengharap ianya gurauan adik beradik. Lama kelamaa dia mula menunjukkan taringnya. Dari keluar makan bersama, diajaknya pula ke rumah untuk tidur bersama. Mulanya memang menolak. Tapi bila sudah acap kali diajak, ternoda juga hati untuk menjenggah rumah "bujang" di dia. Malam itulah menjadi malam penentuan segalanya. Segala rahsia dibongkar. Rupanya si "lelaki" yang bertubuh sador itu merupakan orang yang tidak disangka-sangka. Mempunyai nafsu sejenis. Inginkan balsan terhadap segala yang telah diberikannya. Hanya ingin ringan-ringan dan akan dibawa ke bahagian berat jika diteruskan.
Mujurlah diri ini masih kuat untuk melarikan diri dari segalanya. Cuma terlepas dibahagian ringan. ASTAFIRULLAHALAZIM ! 


(cerita ini didapati dari cerita sebenar oleh seorang lelaki)
renungkanlah segalanya. Benarlah orang kata, Don't judge a Book by its Cover.
Tapi selalunya orang akan judge gak sebab tak suka nak membaca. RENUNGKANLAH .

44 golongan yang ke NERAKA ( Tergolongkah Aku ? )


1. orang yg membunuh dirinya sendiri.
2.mencari dan makan rezeki dari sumber yg haram.
3.pemimpin yg mati dalam keadaan yg menzalimi dan menipu rakyatnya.
4.membuat tuduhan atau fitnah terhadap seorng mukmin pd dosa yg tidak dilakukannya.
5.mereka yg sering mmbuat dusta dan sentiasa dalam kejahatan.
6.mereka yg terlibat dgn arak dan berkekalan dlmnya iaitu peminum, pelayan,penjual,pembeli,pemerah,pengupah,pengedar dan sebagainya yg berkaitan dengannya.
7.anak2 yg derhaka kpd kedua org tuanya.
8.mereka yg suka membngkitkan kebaikkan,pertolongan dan pemberiannya.
9.mereka yg bersikap angkuh,sombong dan tinggi diri.
10.mereka yg memutuskan hubungan silaturahim terhadap kekeluargaan ataupun persaudaraan.

11.isteri yg meminta cerai dr suaminya tanpa sebab yg dibenarkan syari'e.
12.mgganggu jiran tetangganya dgn perasaan iri hati,dengki,dendam dan sbagainya.
13.membunuh org mukmin yg beriman dgn sengaja atau tnpa hak.
14.mreka yg menahan dan merosakkan hak seorang muslim dgn sengaja wlaupun hnya sepotong kayu sugi.
15.mereka yg membuat tipu helah dlm hukum hakam Allah untuk kpntingan diri sndiri.
16.membuat penanda pd muka haiwan ataupun memukul pd mukanya.
17.mereka yg ditugaskan sbgai pengadil(hakim) ttapi tidak mghukum dngan kebenaran atau fakta sebenar.
18.mereka yg terlibat dgn rasuah iaitu pemberi, penerima dan juga penulisnya.
19.lelaki atau perempuan yg mmbuat hubungan dgn sejenis.
20.suami yg mndatangi isterinya dri belakang(dubur).

21.mncuri brng2 dari kubur atau dlm kubur.
22.org mukmin yg tidak mgeluarkan zakat sdangkan dia mampu.
23.mreka yg mkn dr harta riba,pemberi riba dan penulis riba.
24.mreka yg mngejar dunia tanpa mnghiraukan akhirat.
25.mreka yg meratap,mngoyak dan mncarikkan pakaian serta mncakar muka sndiri dikala mndapat ujian atau musibah dari Tuhan.
26.isteri yg mngelak diri dari tidur dngan suaminya.
27.lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan yg mnyerupai lelaki.
28.mereka yg mnyembelih bukan atas nama Allah.
29.mereka yg mmberi pelindungan kpd ahli bid'ah.
30.mereka yg mngubah arah panduan jln sperti rumah api dan sebagainya.

31.mereka yg mncaci sahabat2 Rasulullah S.A.W.
32.mereka yg memBin kan anak kpd yg bukan bapanya.
33.mereka yg mnyembunyikan panduan dan keterangan yg telah diturunkan oleh Allah.
34.mereka yg mnjadi saksi palsu atau sngaja mereka-reka fakta untuk mnganaiya seseorng.
35.menuduh wanita mukmin yg beriman lagi beramal soleh mlakukan perbuatan curang.
36.mnyediakan makanan dan sajian untuk hidangan kpd jin dan syaitan sperti pesta puja pantai dan sbagainya.
37.mnjadikan rumah Allah sbgai tempat untuk kpntingan diri atau memerangi agamaNya.
38.mnyimpan perasaan benci dan dendam terhadap para Nabi,Rasul dan juga malaikatNya.
39.membunuh atau menanam bayi secara hidup2 krana bimbang akan kehidupannya akn melarat atau akn mnjadi miskin.
40.mmpercayai terhadap sesuatu benda tahyul yg ia boleh mnyebabkan datangnya kecelakaan ataupun kebaikkan sprt sedang berjalan tiba2 seekor biawak melintas maka kecelakaan akn menimpa dihadapan nanti.

41.bersumpah dngan sumpah palsu atau nama Allah untuk mnguatkan hujahnya.
42.memecah belahkan perpaduan,barisan atau jemaah kaum muslimin.
43.mngingkari akn sifat2 keTuhanan sama ada Uluhiyyah ataupun Rububiyyah.
44.berprasangka buruk terhadap Allah serta berputus asa terhadapnya terutama bila mndapat kesusahan dan kesempitan hidup.

kErenah Hati


menitis titis rindu yg amat mnyakitkan dihati ini saat melihat telatah dan kerenah si dia . aku mula mnjdi tdk tentu hala saat itu kerna kejauhan memisahkan aku dan dirinya . aku mnguatkan aty aku saat itu . kerna ketelanjuran boleh memusnahkan semua impian aku . aku sememangnya merindunya . tp saat aku bersama si dia mengingatkan saat pertemuan aku dan dirinya . apakah ianya akan berulang . Apakah aku perlu lakukan. aku tak mngerti knape aku boleh terperngkap dlm benda ini . tp knpe mreka perlu pnye persamaan . dan mgapa ianya harus si dia . aku tak faham dan aku tak mngerti .......... 
"gugusan hati"

Inikah Cinta


Aku pernah bercinta, sayang sorg pompuan sepenuh jiwa. Aku kata suatu hari nanti aku akan kahwini dia, takda apa yg dapat menghalang cinta aku . Angkuhnya aku berkata-kata. Dia kata dia cuma nak dengan aku jew, macam aku, angkuh benar kata-katanya.

Suatu hari dia mintak putus, katanya hubungan dah tak rasa mcm dulu, sebak aku rasakan, tak pernah aku terfikir hubungan yg bertahun-tahun ini yg kononnya akan abadi selamanya berakhir. Bertahun-tahun bagai nak mati bercinta, rasa cinta boleh hilang sekelip mata. Macam hidupkan lampu hilang bayang-bayang. Aku menangis, tak percaya semua ni akan berlaku. Aku termenung pedihnya hati, jahilnya aku ini, tertanya knp Tuhan layang aku sebegini.

Suatu malam lepas solat, aku duduk bertakafur terfikir mcm benda, bergenang air mata aku, tanpa sedar titisan demi titisan membasahi pipiku. Bila nama Tuhan ku sebut, aku panggil, baru aku nampak siapa sayangkan aku lebih, aku terus layu dengan air mataku. Aku nampak cinta ILAHI lebih dari cinta INSANI .

"jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg plng tinggi darjatnya, jika kamu org yg beriman." (Al-Imran,139) .

Tangis Keinsafan


"dan mntalah pertolongan (kpd Allah) dgn jln sabar dan mngerjakan smbahyang; dan sesungguhnya smbahyang itu amatlah berat kecuali kpd org2 yg khusyuk" (Al-Baqarah,45).

menangis aku dan tadah tangan berdoa pun aku malu, Tuhan sayangkan aku, aku x mcm tu , aku buat tak tahu jew, aku angkuh, aku lupa yg Tuhan yg tentukan sgalanya. Jodoh,hidup,mati. Dulu aku dekat dgn Tuhan, tp lepas jew couple, aku makin jauh dari-Nya. Sia2 tangisan aku sebab ditinggalkan seorang pompuan . Air mata yang keluar smp kering, tp tak dpt pape pown . Sedangkan tangisan keinsafan yg mngalir mncuci sgala dosa2 walupun ianya kotoran yg aku tak nmpk .

tengok2 sekeliling, semua org berbicara tntng cinta, semua berbincang masalah cinta. Tapi takde sorg pown yg bercerita tentang cinta dia pd Tuhannya . Sebab setiap sujud pd mlm hari ade yg temankan, takde pula terasa sakit akibat janji. takde penipuan dengan kata2 manis. Janji-Nya seperti syurga dengan sgala isinya. Jadi aku serahkan jiwa dan raga berkalungkan cintaku pd yg berhak. Pada Dia pmberi-Nya tak pernah sakit . Untuk Dia aku hidup dan untuk Dia aku ingin syahid.

"cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kpd-Nya aku bertawakkal" (At-Taubah, 129).

C.I.N.T.A

Cinta...
Sememangnya suci terasa indah
Bertikam bibir dirinya resah
Ianya putih bukan untuk diludah
Dari hati bukan bermadah

Cinta...
Bisa berkata berbaris bahasa
Tercalar kata lafaz berbisa
Berpegang teguh janji setia
Detik demi detik merana jua

Aku hadir dibutala ini untukmu bahgia
Bukannya aku berpurbawara
Tangismu direnung sang pria
Moga inayat mu tidak sia-sia

Jiwamu kosong berteman wuduk
Arah ke kiblat berdiri dan ruk'uk
Tiada bekalan waktu hampir suntuk
Butala ini sementara ianya remuk

Sememangnya cinta aku mencintai
Setiap makhluk tetap merasai
Didalam jiwa didalam rohani
Tulus berbunga bermadah insani

Nescaya aku turun mengaku
Terguris cinta biasa terpaku
Walau dianya jauh ku tetap cinta pada gerha ku
Menjadi kenangan didalam aku.....

Tuesday, 4 October 2011

LumRaH

Lumrah hidup manusia .
Manusia mana yang tiada musuh ? manusia mana yang dipandang tinggi selalu ?
Aku pown macam tu gak . hhhmmm 
Aku ni selalulah juin kerja2 amal yang mana2 group buat .
Kdang2 aku dipanggil atas kemahiran aku .
Bykanlah nak cakap aku nie expert sgt . Tp ckplah untuk jayakan benda tu .
Tapi .......................


Yang membuat aku marah ialah mereka tidak memandang aku dibalik kerja . Tapi memandang disudut yng lain .
Kerja macam bangla/nepal . Pagi smp malam . Tp dianggap mcm anjing . Anjing jagaan yg sp masa di ketuk untuk buat sesuatu, dan smp masa di buang ditinggal mcm tu . Cm S**L pown ade gak . 


tapi ....................


nak buat mcm mana , dah tertulis yg aku nie kuli jew . So knelah ikot arahan .
Lumrah hidup manusia mcm nie lah . 

Friday, 30 September 2011

Pelakon ? ( sebelom aku lupa baik aku tulis ) ngee~

Seorang pelakon wajib mempunyai :
1. tubuh badan yang anjal.
2. vokal yang baik.
3. EQ.
4. IQ.


3 benda wajib seorang pelakon. Benda nie paling basic utk pelakon .
1. emosi.
2. pengucapan.
3. pergerakkan.


Seorang pelakon harus ade tiga keadaan sedar bila berada di pentas:


1. sedar diri.
2. sedar ruang.
3. sedar teman lakon.

DIA

Saat mata terpejam , saat mata terbuka , saat aku berjalan , saat aku berhenti , saat aku terdiam , saat aku berkata , saat aku menangis , saat aku tertawa dan saat aku melafaskan dan saat aku terkaku tanpa kata dan tanpa emosi . Hanya sidia ada didalam benak fikiran ini , aku faham dan mngerti knape perlu aku nukilkan perkara ini untuk kongsian semua . Ini kerna aku tidak mmpu melafaskan menceritakan mahupun mengkiaskan segala perkara dihadapan khalayak . Aku nukilkan untuk aku bebaskan apa yg terpendam bebaskan segala apa macam didalam dada ini . Kerinduan yang membangkitkan aku dan mnyebabkan aku bersengkang mata menukilkan DIA ini . Aku mnunjukkan kepada si dia yng mungkin mmbaca apa yg aku katakan . Aku merindu kerana aku tidak pernah merasakan sebegini rupa . kadangkala persoalan timbul apakah aku dapat membongkarkan segala kejahatan , ketelanjuran aku dahulu ., Apakah ini karma hidup aku ?? aku faham setiap apa yg berlaku akan ada hikmah dan hikmah itu biasanya mmberi makna dan nikmat didalam diri kita . mungkin sudah tertulis didalam dia hidupku untuk merindu sidia setiap masa . apakah rindu itu akan hilang bila aku memiliki si dia , atau tidak pernah hilang hingga sampai masa dia merindu aku yg sudah tiada . apakah suratan ini hanya kebetulan atau ianya dirancang oleh aku . mahupun si dia . aku tak mngerti kenapa . inilah yng dinamakan CINTA . "gugusan hati"

Tuesday, 20 September 2011

ibu aku anak tak berguna


Tangisan aku yg keluar dr perut ibu yang dikendong kehulur kehilir selama 9 bulan
kini didengari dari katil hospital yang utuh sejak dahulu.
lahirnya aku bagai putera raja
dijaga ditatang bagai minyak yang penuh,
tiada calar dibalik muka juga ditubuh comelku,
tdak pernah dimarah, tidak juga dipukul,
apatah lagi dicubit, lagi dimarah jika ada serangga yg datang,
dibunuh penoh kejam kerana anak jantannya di lukai .

kasih yang membawa ke syurga ini
semakin hari semakin kuat, semakin utuh,
tapi si anak, makin hari makin berani,
hingga dimaki dicerca pada muka ibunya,
menitis satu titis air mata ibu dilantai,
satu dosa besar pada si anak,
mula lalai mngejar dunia, mula besar kepala,
mula lupa keluarga, mula segalanya,
tiada kata yg dpt mngubat luka si ibu.

kasih ibu masih utuh, walaupun sianak berlaku kasar,
tidak diendah kata orang sekeliling,
kerna ibu lebih kenal anak jantannya dari orang lain mngenali anaknya,
dibela walaupun sudah terang lagi bersuluh salah anaknya,
betapa teguh kasih si ibu .

tiba masa si anak mula terasa,
mula mncari kasih si ibu,
tapi saat itu sudah terlambat,
si ibu sudah hampir kepnghujungnya,
si anak berlari untuk mncari kemaafan,
tapi terlewat kerna ibu sudah dimamah tanah merah,
sesal tiada guna, si anak mahu minta ampun,
si ibu sudah tiada , dikorek tanah si ibu kerana tahu akan dosanya,
entah sudah atau tidak dosanya diampunkan,
hanya Tuhan saja yang tahu.

Kepadamu Tuhan,
Aku menadah tangan memohon kemaafan,
Janjiku pada ibu akan cuba ku tunaikan,
Janganlah kau seksa ibuku kerana kekhilafan yang aku lakukan,
Terimalah aku kembali di sisimu ya Tuhan,
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah.

doa berterusan, janj semasa kecil harus aku tunaikan,
walaupun sudah terlambat untuk buktikan,
tapiku tahu ibu sentiasa memerhatikan,
walau tiada disisi si ibu tetap dihati .

IBU semoga kau memaafkan segala dosa-dosaku padamu,
hanya untukmu aku nukilkan semua ini.
aku ini anaktidak berguna ...............

gadisku yang hilang


Hari itu aku lihat dirimu
penuh kejujuran dan kematangan
aku memerhatimu dari balik tirai
takut diketahui akan cintaku padamu

Aku berjalan ke sana sini
mencari kebahagiaan kasih yang hilang
Aku teleka seketika, lantas terus mncari
ku tahu kau turut memerhatiku
tapi tiada secebis kata terbonjol keluar dari bibir manismu

Hari ini aku lihat dirinya lagi
penuh kegembiraan penuh berseri
diriku mula menyedari
cinta yang dicari berdiri di sisi