Monday, 10 October 2011

Review Teater Juta-juta ( dah tulis aritu, tp hilang, so tulis baliklah jawabnya)



Sinopsis

Teater ini mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan teater di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni(KS).

Mereka mengadakan sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan dari pelbagai pihak. Mereka bertiga yang terdiri dari pengarah, sinografer dan producer.
Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton Seni, Dato’-dato’, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka terimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. Mereka akhirnya memutuskan untuk mementaskan satu teater tentang kehidupan mereka.


Apa komen BSL ?

Nashkah ini ditulis dengan baik oleh si penulis ( Fasyali ). Dengan pengisian yang sangat padat telah menjadikan ianya suatu nashkah yang sangat berSUBTEXT. Dengan pengolahan dan pengisian yang sangat baik, perjalanan teater ini amat berfalsafah. Walaupun cerita ini sangat kucar kacir susunan plotnya, tetapi saya sebagai penonton seolah-olah sedang berada di atas pentas dan sedang berjalan bersama cerita itu. Kematangan si pengarah dengan dunia seni telah menjadikan beliau seorang pengkritik senyap yang amat berbisa.  

Karya yang berfalsafah dari awal sehingga ke akhir cerita . Dengan penggunaan plot yang berterabur mnyebabkan penonton tertawa dengan jalan cerita yang sekejap diawal dan sekejap ditengah dan tiba-tiba keawal kembali. Unsur keremajaan aktivis teater turut diselitkan dan saya merasakan seolah-olah nasib aktivis muda dibela walaupun pada masa yang sama di siniskan dalam bentuk visualisasi.

Menggunakan pendekatan karya pasca-moden, Fasyali nyata berjaya mendedahkan beberapa isu dan masalah yang sering dihadapi oleh pengiat teater kecil-kecilan seperti dirinya dengan direct tanpa kiasan yang berbunga-bunga. Kita sendiri tahu yang masyarakat kini tidak lagi mahu ayat yang berbunga-bunga tetapi ada maksud disebalik perkataan itu.  Isu dan masalah yang berJUTA-JUTA dihadapi oleh pengiat seni telah dibongkarkan dalam nashkah yang sangat baik, susunan skrip yang sangat mantap, mutu lakonan pelakon yang sangat menonjol dan bakat pengarahan yang sangat FANTASTIK dari teater ini.

Ada yang berkata, teater ini sangat susah difahami, tetapi sebenarnya terjemahan itu bukan hanya terletak di set dan props yang membantu, malah terjemahan itu datang dengan baik dari pelakon melalui diksi dialog, bahasa tubuh dan sedikit humur yang diselitkan.


Dengan menggunakan tiga orang pelakon yang membawa pelbagai watak telah menyebabkan keunikkan situasi disitu. Watak pengarah, producer dan sinografi telah bertukar ke watak hang lekir, kasturi dan lekiu lantas bertukar ke watak Tuan pengarah, datuk-datuk dan pelbagai watak lain telah menyebabkan saya merasakan ada 250 orang yang berada diatas pentas dan mempunyai hampir 100 orang esemble yang terdiri dari barisan panel-panel penaja dan syarikat-syarikat serta individu yang ingin terlibat didalam teater. Lakonan mantap dari tiga orang pelakon yang dikenali oleh komuniti masing-masing dengan improvisasi mereka dalam lakonan. Anas Ridzuan+Fazleena Hishamuddin+Aloy Paradoks = Fasyali Fadzly. Lakonan mantap pelakon ini telah berjaya menjadikan karya pengarah ini diterima dengan mudah dan menarik.

Set praktikal yang berkonsepkan realism suggestif merupakan set yang simple dan baik pernah saya lihat didalam ruang yang kecil dengan menekankan meminimalist konsep.
Penggunaan set dan prop ini bukanlah terlalu suggestif dimana penonton tidak dapat menangkap apa yang divisualkan. Tetapi didalam JUTA-JUTA ini penggunaan kerusi, white board dan dua dinding bergerak menjadikan suggestif itu sangat kena dengan masa, tempat dan latar situasi didalam cerita itu.

Pencahayaan yang digunakan didalam teater ini menekankan mood dan menggunakan simple light dan penggunaan special light untuk beberapa watak dan ditambah dengan warna yang jatuh tepat ditempat yang ingin di “highlightkan” menjadikan sinografinya sangat cantik. Penggunaan set berwarna putih dengan gabungan warna yang menaikkan mood dan situasi telah menjadikan sinografi yang dilakukan oleh Azhar sangatlah menarik hati saya. Kemas dan terbaik.

Pengarah turut menggunakan unsur tarian dan muzik yang mensiniskan sesuatu dari situ. Terlihatlah step yang berterabur dan koreogarfi yang sangat kucar-kacir telah menjadikan pengarah seorang yang sangat tetap pendirian kerana tidak mahu unsur musical didalam ceritanya, jadi diletakkan sumbang nyayian sumbang langkah tarinya. Ini membuktikan tidak semua nashkah boleh dijadikan musical teater.

Kata Akhir BSL ?

Simple, padat, sinis, jujur, baik, cantik dan FANTASTIK. Satu karya dari seorang graduan seni persembahan yang terbaik pernah saya tonton. Jelas membuktikan penglibatan pengarah dari tahun 2003 didalam dunia teater telah membuahakan hasil. Dari karya Berani Mati ke Odiepus ke Kotak Hitam dan Kini Juta-juta telah menjadikan ianya berjuta-juta kali lebih baik dari musical dobi di keranton seni .
Sekian.

No comments:

Post a Comment