Tuesday, 20 September 2011

ibu aku anak tak berguna


Tangisan aku yg keluar dr perut ibu yang dikendong kehulur kehilir selama 9 bulan
kini didengari dari katil hospital yang utuh sejak dahulu.
lahirnya aku bagai putera raja
dijaga ditatang bagai minyak yang penuh,
tiada calar dibalik muka juga ditubuh comelku,
tdak pernah dimarah, tidak juga dipukul,
apatah lagi dicubit, lagi dimarah jika ada serangga yg datang,
dibunuh penoh kejam kerana anak jantannya di lukai .

kasih yang membawa ke syurga ini
semakin hari semakin kuat, semakin utuh,
tapi si anak, makin hari makin berani,
hingga dimaki dicerca pada muka ibunya,
menitis satu titis air mata ibu dilantai,
satu dosa besar pada si anak,
mula lalai mngejar dunia, mula besar kepala,
mula lupa keluarga, mula segalanya,
tiada kata yg dpt mngubat luka si ibu.

kasih ibu masih utuh, walaupun sianak berlaku kasar,
tidak diendah kata orang sekeliling,
kerna ibu lebih kenal anak jantannya dari orang lain mngenali anaknya,
dibela walaupun sudah terang lagi bersuluh salah anaknya,
betapa teguh kasih si ibu .

tiba masa si anak mula terasa,
mula mncari kasih si ibu,
tapi saat itu sudah terlambat,
si ibu sudah hampir kepnghujungnya,
si anak berlari untuk mncari kemaafan,
tapi terlewat kerna ibu sudah dimamah tanah merah,
sesal tiada guna, si anak mahu minta ampun,
si ibu sudah tiada , dikorek tanah si ibu kerana tahu akan dosanya,
entah sudah atau tidak dosanya diampunkan,
hanya Tuhan saja yang tahu.

Kepadamu Tuhan,
Aku menadah tangan memohon kemaafan,
Janjiku pada ibu akan cuba ku tunaikan,
Janganlah kau seksa ibuku kerana kekhilafan yang aku lakukan,
Terimalah aku kembali di sisimu ya Tuhan,
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah.

doa berterusan, janj semasa kecil harus aku tunaikan,
walaupun sudah terlambat untuk buktikan,
tapiku tahu ibu sentiasa memerhatikan,
walau tiada disisi si ibu tetap dihati .

IBU semoga kau memaafkan segala dosa-dosaku padamu,
hanya untukmu aku nukilkan semua ini.
aku ini anaktidak berguna ...............

No comments:

Post a Comment