Thursday, 13 October 2011

The Secret Life of Nora ( A New Musical Extravaganza)



               Kisah perisik wanita yang cuba ditonjolkan dalam teater. Tajuk menarik tetapi kenapa ada perkataan “musical”. Biasalah show pown dekat Keraton Seni (IB). Tak perlulah mengulas tentang sinopsis cerita. Sebab cerita ini terlalu biasa bagi Botak, Botak rasa PGL lagi seronok dan antara yang terbaik dari Enfiniti. Kenapa Botak cakap macam ni ? sebab jalan cerita ini kita dah tahu bulat-bulat. Mula-mula menyanyi kat kelab, pastu dapat tawaran untuk nyanyian kat tempat lain, pastu dapat tawaran belakon, pastu dapat tawaran jadi bintang, terjebak, jadi perisik, pastu jatuh cinta. Cerita ending kompomlah happy ending. Klise sangat .

               Membariskan pelakon yang sudah terkenal macam Tiara sendiri, Aznil, Adibah noor, Tony Eusoff pastu ditambah dengan pelakon dari Broadway, Ryan Silverman. Memang gempaklah marketing production ni sebab banyak dapat tajaan dan kita pown tahu bila Tiara produce mesti ada something punya cerita ni. Tak percaya ? Director teater ini dari Luar ( Steven Dexter), belakang tabir semua yang expert-expert, start dengan Story (Raymond Miranda), composer (San Weng Onn), lyricist (Alfian Sa’at) , choreographer (Pat Ibrahim), musical director ( Roslan Aziz), lighting designer (Nick Richings), set designer( Francis O’connor) boleh kata overall tenaga kerja datang dari Luar dan orang yang bukan calang-calang.

               Memanglah plot cerita ini tak berapa kemas, jalan cerita pun tak begitu menarik tetapi apa yang Botak rasa respect sangat ialah aspek kekaguman teater ini. memang boleh dikatakan Superb!. Kenapa ? dengan gunakan dua buah set tetap yang boleh berpusing dimana setiap pusingan menjadikan satu situasi. Sangat style sebab ditambah dengan LED konsep yang jarang sangat digunakan. Tiga tingkat lagi set tu. (macam Terima Kasih Cinta punya set pun ada). Lighting yang ringkas tapi sangat kena dengan situasi dan suasana. Yang paling menarik semasa scene 5 – The Army boot camp day dimana ketika itu lagu Takkan menyerah yang melibatkan Nora, Roger, Farouk, Khatijah dan army. Waktu pagi bertukar menjadi tengah hari dan bertukar menjadi malam dengan hanya menggunakan pertukaran warna biru dan orange dari Frontel. Sangat nampak kehebatan designer luar Negara. Ngee~(puji orang luar). Set nampak kemas dan penggunaan konsep suggestif agak berjaya tetapi tidak kesemuanya. Dengan menggunakan semua teknologi yang terdapat di IB, perubahan scene dan perubahan set dilakukan dengan pantas tanpa memerlukan Blackout yang memakan masa berminit-minit.

              Dengan mengunakan 18 buah lagu telah berjaya menjadikan teater ini dengan gelaran Musical. Konsep musical yang sangat ketara dari awal hingga akhir menjadikan cerita ini kurang jelas dan watak-watak tidak semua dapat diestablish dengan baik. Watak Nora dan Roger sahaja yang diestablish dengan baik dari awal hingga akhir. Tetapi watak yang sepatutnya disestablish lebih tidak dilakukan. Kecewa kerana watak Adibah, Tony dan Betty tidak digunakan dengan baik didalam cerita ini. Lakonan mantap mereka menjadi tarikan tetapi tidak digunakan untuk menjadikan lebih menarik. Watak Mr,J (Jamaluddin Hassan) yang dilakonkan oleh Aznil actually menjadi tetapi kecewa dengan diksinya. Pelat konsonen “R” dimana perkataan berubah menjadi “W” seperti Raub=Waub, Rusia=Wusia, Romania=Womania sangat menjadi tetapi apabila terlalu focus kepada huruf itu menjadikan perkataan lain tidak jelas sebutannya sehinggakan Botak kena baca subtitle kat tepi tu. Hahahaha.

                   Kalau nak sentuh koreografinya tak perlulah nak cerita banyak sebab rata-rata penari adalah graduan tari. Dan setiap move kena dengan lagu enak dipandang. Bila cerita kurang kekaguman lebih. Lakonan kurang, gayanya lebih. Nyayian kurang tariannya lebih. Apa lagi yang kurang ? koranglah tentukan .

*Nampaknya musical memang dah jadi trend sekarang . hhhhhmmmm

No comments:

Post a Comment