Tidak perlu secantik PUTERI BALQIS,
Andai diri tak sehandal NABI SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan NABI YUSUF,
Jika kasih tidak setulus SITI ZULAIKA,
Tidak perlu mengharap teman seteguh NABI IBRAHIM,
Andai diri tidak sehebat SITI HAJAR,
Mengapa didambakan teman sehidup yang sesempuran NABI MUHAMMAD,
Jika diri tidak seperti SITI KHADIJAH,
Mengapa perlu mengharap cinta seteguh LAILA & MAJNUN,
Jika diri belum sanggup menjadi RUMIE & JULIE,
Mengapa mengharap pengorbanan demi cinta seperti SHAH JEHAN berkorban untuk MUMTAZnya,
Jika hati tidak saling percaya akan JODOH pertemuan.
INGATLAH tidak semua insan memperoleh apa yang dimahukan,
INGATLAH tiada insan yang sempurna dalam dunia ini,
INGATLAH tiada manusia yang suka hidup dalam kesusahan,
INGATLAH segala ketentuan ilahi adalah yang terbaik untuk diri.
Manusia mana yang tidak mahu pasangannya CANTIK?
Manusia mana yang tidak mahu BERBAHAGIA?
Manuisa mana yang sanggup berkorban untuk CINTA?
Manusia mana yang tidak mahu JODOHnya berkekalan?
Menerima segala apa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa adalah lebih CANTIK dari segalanya.
Bersyukur dengan segala ketentuan Tuhan adalah lebih BAHAGIA dari apa sahaja.
Berdoa sentiasa adalah CINTA yang teragung pada Tuhan.
Jodoh ketentuan Tuhan itu adalah JODOH yang terbaik.
Semoga Doa dimakbulkan . AMIN .
No comments:
Post a Comment