Friday, 30 September 2011

Pelakon ? ( sebelom aku lupa baik aku tulis ) ngee~

Seorang pelakon wajib mempunyai :
1. tubuh badan yang anjal.
2. vokal yang baik.
3. EQ.
4. IQ.


3 benda wajib seorang pelakon. Benda nie paling basic utk pelakon .
1. emosi.
2. pengucapan.
3. pergerakkan.


Seorang pelakon harus ade tiga keadaan sedar bila berada di pentas:


1. sedar diri.
2. sedar ruang.
3. sedar teman lakon.

DIA

Saat mata terpejam , saat mata terbuka , saat aku berjalan , saat aku berhenti , saat aku terdiam , saat aku berkata , saat aku menangis , saat aku tertawa dan saat aku melafaskan dan saat aku terkaku tanpa kata dan tanpa emosi . Hanya sidia ada didalam benak fikiran ini , aku faham dan mngerti knape perlu aku nukilkan perkara ini untuk kongsian semua . Ini kerna aku tidak mmpu melafaskan menceritakan mahupun mengkiaskan segala perkara dihadapan khalayak . Aku nukilkan untuk aku bebaskan apa yg terpendam bebaskan segala apa macam didalam dada ini . Kerinduan yang membangkitkan aku dan mnyebabkan aku bersengkang mata menukilkan DIA ini . Aku mnunjukkan kepada si dia yng mungkin mmbaca apa yg aku katakan . Aku merindu kerana aku tidak pernah merasakan sebegini rupa . kadangkala persoalan timbul apakah aku dapat membongkarkan segala kejahatan , ketelanjuran aku dahulu ., Apakah ini karma hidup aku ?? aku faham setiap apa yg berlaku akan ada hikmah dan hikmah itu biasanya mmberi makna dan nikmat didalam diri kita . mungkin sudah tertulis didalam dia hidupku untuk merindu sidia setiap masa . apakah rindu itu akan hilang bila aku memiliki si dia , atau tidak pernah hilang hingga sampai masa dia merindu aku yg sudah tiada . apakah suratan ini hanya kebetulan atau ianya dirancang oleh aku . mahupun si dia . aku tak mngerti kenapa . inilah yng dinamakan CINTA . "gugusan hati"

Tuesday, 20 September 2011

ibu aku anak tak berguna


Tangisan aku yg keluar dr perut ibu yang dikendong kehulur kehilir selama 9 bulan
kini didengari dari katil hospital yang utuh sejak dahulu.
lahirnya aku bagai putera raja
dijaga ditatang bagai minyak yang penuh,
tiada calar dibalik muka juga ditubuh comelku,
tdak pernah dimarah, tidak juga dipukul,
apatah lagi dicubit, lagi dimarah jika ada serangga yg datang,
dibunuh penoh kejam kerana anak jantannya di lukai .

kasih yang membawa ke syurga ini
semakin hari semakin kuat, semakin utuh,
tapi si anak, makin hari makin berani,
hingga dimaki dicerca pada muka ibunya,
menitis satu titis air mata ibu dilantai,
satu dosa besar pada si anak,
mula lalai mngejar dunia, mula besar kepala,
mula lupa keluarga, mula segalanya,
tiada kata yg dpt mngubat luka si ibu.

kasih ibu masih utuh, walaupun sianak berlaku kasar,
tidak diendah kata orang sekeliling,
kerna ibu lebih kenal anak jantannya dari orang lain mngenali anaknya,
dibela walaupun sudah terang lagi bersuluh salah anaknya,
betapa teguh kasih si ibu .

tiba masa si anak mula terasa,
mula mncari kasih si ibu,
tapi saat itu sudah terlambat,
si ibu sudah hampir kepnghujungnya,
si anak berlari untuk mncari kemaafan,
tapi terlewat kerna ibu sudah dimamah tanah merah,
sesal tiada guna, si anak mahu minta ampun,
si ibu sudah tiada , dikorek tanah si ibu kerana tahu akan dosanya,
entah sudah atau tidak dosanya diampunkan,
hanya Tuhan saja yang tahu.

Kepadamu Tuhan,
Aku menadah tangan memohon kemaafan,
Janjiku pada ibu akan cuba ku tunaikan,
Janganlah kau seksa ibuku kerana kekhilafan yang aku lakukan,
Terimalah aku kembali di sisimu ya Tuhan,
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah.

doa berterusan, janj semasa kecil harus aku tunaikan,
walaupun sudah terlambat untuk buktikan,
tapiku tahu ibu sentiasa memerhatikan,
walau tiada disisi si ibu tetap dihati .

IBU semoga kau memaafkan segala dosa-dosaku padamu,
hanya untukmu aku nukilkan semua ini.
aku ini anaktidak berguna ...............

gadisku yang hilang


Hari itu aku lihat dirimu
penuh kejujuran dan kematangan
aku memerhatimu dari balik tirai
takut diketahui akan cintaku padamu

Aku berjalan ke sana sini
mencari kebahagiaan kasih yang hilang
Aku teleka seketika, lantas terus mncari
ku tahu kau turut memerhatiku
tapi tiada secebis kata terbonjol keluar dari bibir manismu

Hari ini aku lihat dirinya lagi
penuh kegembiraan penuh berseri
diriku mula menyedari
cinta yang dicari berdiri di sisi